Tuesday, November 1, 2016

10 tips temuduga yang kerap diabaikan

Dalam pasaran kerja semasa, anda perlu bertindak bersama-sama, atau anda tidak akan berpeluang untuk memenangi persaingan kerja yang ada. Periksa diri anda dengan 10 tips temuduga yang kerap diabaikan di bawah ini.

1. Buat kajian
Kaji syarikat bakal majikan anda dan pelajari selok-beloknya yang mungkin termasuklah perkhidmatan, produk, pelanggan dan pesaing kerana ia bakal memberikan kefahaman kepada anda. Lebih banyak perkara yang anda ketahui tentang syarikat tersebut, lebih besar peluang untuk anda “menjual diri” anda semasa temuduga.

2. Pemerhatian yang teliti
Pilih pakaian yang perlu dipakai semasa temuduga. Bergantung kepada industri dan posisi, dapatkan pakaian terbaik yang boleh anda pakai dan pastikan tiada kesan koyak padanya. Biar pun syarikat yang bakal anda sertai tidak mensyaratkan begitu, anda harus tunjukkan betapa seriusnya anda mahu berkhidmat dengan mereka. Anda berpakaian untuk menampilkan keyakinan anda.

3. Bersedia
Bawa bersama fail yang mengandungi resume, salinan rujukan dan kertas untuk mencatat nota. Anda perlu ada beberapa soalan yang perlu disediakan untuk ditanyakan pada akhir sesi temuduga. Sertakan senarai semak pada kertas kecil untuk semakan akhir sebelum temuduga berlangsung.

4. Tepati masa
Usah datang lewat untuk temuduga. Ambil inisiatif untuk datang lebih awal. Penting untuk anda memperuntukkan masa untuk merancang perjalanan, mungkin anda akan tersesat semasa mencari lokasi temuduga.

5. Tampilkan minat
Tampilkan minat anda untuk mendapatkan posisi yang ditawarkan menerusi segenap aspek semasa temuduga. Bersalaman dengan erat dengan penemuduga dan tunjukkan “eye contact” untuk menzahirkan keyakinan anda. Berucaplah dengan nada yang yakin walau pun sebenarnya anda ada sedikit rasa gementar.

6. Dengar
Ini merupakan salah satu kemahiran dalam temuduga yang kerap diabaikan. Anda tidak boleh hanya mendengar. Adakalanya perkara yang tidak dikatakan sama penting dengan apa yang disebutkan.

7. Jawab soalan yang ditanya
Kebanyakan calon tidak fikir sama ada soalan yang diberikan oleh penemuduga benar-benar dijawab atau pun tidak. Mungkin anda faham apa yang ditanya, namun anda boleh mendapatkan penjelasan sekiranya anda tidak pasti.

8. Beri contoh yang spesifik dan berkaitan sahaja
Siapkan teks kisah anda sebelum ditemuduga. Berikan contoh yang menceritakan kejayaan dan betapa uniknya anda. Sikap anda yang lalu boleh jadi pengukur kepada prestasi masa depan anda.

9. Tanya soalan
Kebanyakan calon temuduga melepaskan peluang ini kerana tidak berminat untuk mencari informasi yang bernilai.  Soalan yang bakal anda tanyakan menjadi kayu pengukur untuk menilai minat anda terhadap bakal majikan.

10. Tindakan susulan
Sama ada menerusi emel, surat atau panggilan telefon, tindakan susulan untuk menghubungi semula syarikat yang pernah menemuduga anda. Tindakan susulan selepas temuduga adalah peluang untuk mengingatkan penemuduga mengenai semua perkara yang berharga tentang diri anda untuk disumbangkan kepada syarikat. Jangan lepaskan peluang terakhir ini untuk “pasarkan diri” anda.



Kesimpulannya, penting untuk anda yakin dan tenang dalam sesi temuduga. Satu perkara yang patut ada ialah bersedia dengan sebaik-baiknya yang mungkin mengikut kemampuan anda. Dengan mengikuti panduan yang telah disebutkan di atas, anda akan berasa kurang gementar dan bersedia dengan positif untuk membentangkan diri anda.

Rahsia Bijak Temuduga Disini

5 perkara yang tidak perlu ada dalam resume

Sekian lama anda bekerja, mungkin agak lama tidak mengemaskini resume. Besar kemungkinan resume anda mengandungi informasi yang tidak lagi diperlukan, atau sudah lapuk untuk dikongsikan. Akibatnya, resume anda akan kelihatan tidak professional dan tiada sentuhan. Di sini 5 perkara yang tidak perlu ada dalam resume anda.

1. Menggunakan perkataan bertanggung  jawab kepada… 
Sekiranya anda melakukan sesuatu perkara, pastinya anda bertanggung jawab tentangnya. Menggunakan perkataan “bertanggung jawab kepada…” ini kelihatan tidak menarik kerana kurang efektif dan anda tidak serius dengannya. Sebagai contoh, “bertanggung jawab kepada rekaan senibina menara Kuala Lumpur” tidak memberikan impak berbanding “mereka senibina menara Kuala Lumpur”. Perkataan ini tidak akan menambah nilai kepada pencapaian anda.

2. Format yang pelik
Menggunakan tulisan yang bersimpul seperti rekaan kad kahwin memang tidak sesuai. Atau paling kurang anda meletakkan font dengan gaya tulisan komik. Pilih font yang biasa digunakan dalam dokumentasi sudah cukup. Elakkan juga dari mewarnakan resume anda kerana biasanya pengurus jawatan kosong berkenaan akan mencetak resume anda dengan hitam putih sahaja mengakibatkan anda tidak kelihatan seperti yang anda mahukan.

3. Pengalaman kerja yang lama
Kerjaya anda mungkin sudah melebihi 10 tahun, namun anda tak perlu tuliskan secara panjang lebar. Pilih pengalaman yang berkaitan dengan skop kerja yang bakal anda pohon. Anda boleh letakkan senarai syarikat yang pernah anda sertai dalam surat iringan resume.

4. Emel yang tidah munasabah
Perkara ini nampak remeh sahaja, namun ia perlu diambil kira. Gunakan emel yang kelihatan profesional dan serius. Ia bakal digunakan untuk berkomunikasi dengan pelbagai pihak di kemudian hari. Usah letakkan budaknakal@yahoo.com sebagai emel anda, kerana sedikit sebanyak ia mencerminkan siapa diri anda. Ambil inisiatif untuk menghasilkan satu emel khas untuk kerjaya anda.

5. Senarai sekolah dan institusi yang meleret
Nama sekolah dan institusi yang meleret juga tidak perlu didalam resume.Kecuali untuk mereka yang baru hendak memulakan kerja yang pertama, informasi ini tidak perlukan senarai yang panjang. Anda hendak memohon pekerjaan yang baru, jadi keluarkan senarai sekolah rendah dan sekolah menengah. Masukkan pendidikan yang tertinggi dan senarai pengalaman anda.

Begitulah 5 perkara yang perlu anda titik beratkan di dalam penulisan resume. Sesuaikan ia dengan keperluan syarikat atau bakal majikan yang anda pohon. Resume anda mencerminkan bagaimana anda bekerja. Biar resume anda kelihatan skema asalkan ia berpotensi untuk menjadi tiket kejayaan anda.